Penyerahan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM200 telah dilakukan pada 12 Januari 2012 bagi pelajar Tahun 2 dan 16 Januari 2012 bagi pelajar Tahun 1 ketika sesi "Mentor-mentees". BB1M tersebut boleh digunakan di kedai-kedai buku yang yang menyertainya seperti MPH, Borders, Popular dan lain-lain.
Berikut perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menggunakan BB1M:-
1. Menulis nama penuh dan No K/P di atas BB1M dan pastikan BB1M dan telah dicop dengan cop rasmi kolej.
2. Membawa myKad ketika ke kedai buku.
3. Membawa Kad Pelajar sebagai bukti anda seorang pelajar KMB.
4. Menganggarkan harga buku yang di beli dan wang yang perlu ditambah jika melebihi nilai BB1M. Ini untuk mengelakkan kekecohan ketika hendak membuat pembayaran di kaunter pembayaran.
5. Pastikan pembayaran dilakukan selewat-lewatnya 45 minit sebelum kedai ditutup kerana pembayaran menggunakan BB1M memerlukan masa untuk pemperosesan. Ada juga kedai buku yang menolak pembayaran menggunakan BB1M jika dilakukan 60 minit sebelum kedai ditutup.
Perlu diingatkan BB1M hanya sah laku digunakan sehingga 31 Mac 2012 sahaja.
Maklumat lajut sila klik disini