Sejarah Kolej MARA Banting (KMB) bermula seawal tahun 1985 di MRSM Seremban (sekarang dikenali Kolej MARA Seremban) dengan menyediakan program pra-universiti GCE A-Level untuk pelajar-pelajar lepasan MRSM. Program ini ada program persediaan ke universiti-universiti di luar negara.
Bagi mempelbagaikan bilangan universiti yang boleh disertai oleh pelajar, pada tahun 1991 kolej ini telah pun memperkenalkan satu lagi program pra-universiti yang baru iaitu Program International Baccalaureate (IB) setelah mendapat kebenaran dari International Baccalaureate Organisation (IBO) bagi menjalankan program tersebut.
Bagi menampung keperluan program dan bilangan pelajar yang bertambah, KMB telah berpindah ke lokasi baru yang lebih besar dengan keluasan 84 ekar sehingga sekarang. Bermula dari tanggal 1 Julai 1992, KMB beroperasi dengan menggunakan nama MRSM Banting dengan sejumlah pelajar : 71 orang pelajar International Baccalaureate daripada MRSM Cheras dan 310 orang pelajar GCE A-Level dari MRSM Cheras dan MRSM Seremban.
Pada tahun 1994, nama MRSM Banting telah ditukarkan ke nama baru iaitu Kolej MARA Banting sehinggalah sekarang atas cadangan Menteri Pembangunaan Usahawan ketika itu bersesuaian dengan program yang ditawarankan iaitu pra-universiti.
Mulai dari Bulan Mei 2003 Kolej MARA Banting telah iktiraf 'IB World School' sepenuhnya. Sebelum ini Kolej MARA Banting mengendalikan 2 program iaitu Program IB dan Matrikulasi. Kini Kolej MARA Banting hanya menawarkan program IB sahaja.